Bahagian-bahagian Keris



Keris terbahagi kepada 3 bahagian iaitu mata, hulu dan sarong. Mata keris diperbuat daripada beberapa lapisan besi yang berlainan jenis dan mempunyai bilangan luknya yang tertentu atau lurus sahaja. Ciri-ciri inilah yang membezakan dia antara keris-keris tersebut dan mempunyai nama-nama yang tertentu seperti keris Majapahit, Pekaka, Bugis, Jawa, Madura dan sebagainya.



Bentuk mata keris pula terbahagi dua iaitu mata keris lurus (keris sundang). Dahulu keris ini lebih berfungsi sebagai senjata untuk menjatuhi hukuman bunuh kepada pesalah. Lazimnya, mata keris yang berlok-lok selalu digunakan oleh orang-orang dahulu (para pendekar) sebagai senjata peribadi. Lok-lok keris mempunyai bilangan yang ganjil iaitu keris berlok tiga, lima dan, tujuh yang dipanggil keris sepukal. Keris berlok sembilan dan lima belas pula dipanggil keris cerita. Manakala keris berlok lebih daripada sembilan belas pula ialah keris rantai atau keris remona. Namun persamaan fungsi kedua-dua keris kini sebagai alat dan lambang kebesaran diraja.


Setiap ‘sejari ibu’ dan ‘keris bertuan’ apabila nama dan identiti ‘empunya’ diukir pada mata keris. Ketinggian seni ukir bangsa Melayu ini turut terlihat pada ukiran ayat, contohnya Keris Cik Siti Wan Kembang yang ditemui pada tahun 1610-1677 Masehi. Di sarung keris itu bertulis “…Paduka Yang Mulia Cik Siti Baginda dari Gunug Ayam Allahti Sallatal Bilad Al-Kelantan Sanat 1020“. (Fakta berdasarkan Pameran Keris di Muzium Negara). Ada juga keris luk yang berurat seperti Keris Duyung yang dikatakan berasal daripada keturunan Nakhoda Embung yang dipanggil ‘kambing kachang’.



ImageHulu keris, lazimnya mempunyai ukiran yang berbagai-bagai rupa, diperbuat sama ada daripada kayu atau gading dan adakalanya mempunyai logam yang sama dengan yang digunakan pada mata keris. Kehebatan ukiran dan seni tukangan Melayu ini dapat dilihat pada hulu keris seperti hulu keris semenanjung (Jawa Demam), hulu Burung Pekaka, hulu Burung Serindit, hulu Gading, hulu Kakak Tua, dan lain-lain lagi. Dari segi estetik, hulu keris lebih mementingkan hias motif dan corak yang dikaitkan dengan lambang tertentu. Terdapat motif tumbuhan seperti bunga, putik, daun yang disusun merata atau menjalar di bahagian tengah hulu keris contohnya motif bunga cengkih yang disusun di bahagian pangkal hulu. Penonjolan kehalusan serta kelembutan hasil ukiran melalui daya kreativiti yang tinggi dihiasi pada pecahan daun yang melengkung dan disusun secara pecahan dengan teratur. Kehebatan hulu keris ditatang dengan pendongkok (mangkuk) yang dipegang cara ‘junjung adab’ seolah-olah seperti adat Melayu yang menjadikan sirih sebagai ‘pembuka mulut’ yang disimpan di dalam tepak sirih dan dibawa secara ‘junjung’ di depan dada.


Fungsi bentuk hulu keris lebih bertumpu kepada keserasian dan keselesaan pemegang mencengkam kemas dengan jari agar mudah menghunus. Namun, di sebalik bentuk-bentuk hulu keris itu mempunyai senjata rahsia yang tidak ramai diketahui orang. Hanya mereka yang berguru dengan ‘ilmu keris’ akan mengetahui letaknya senjata-senjata rahsia ini. Nigel Sutton, seorang pengamal taichi selama 15 tahun, mengakui keistimewaan keris semenanjung kerana hulu keris yang membuatkan pergerakan seni tangan ‘hidup’ dan kurang menggunakan tenaga. Beliau juga berpendapat keris ‘hidup’ kerana seni hulu (ukiran) dan tari tangan yang bercantum untuk mengembangkan bunga dan gerak seni keris. (Majalah Seni Bela Diri 2002).

ImageSarung keris terdiri daripada tiga bahagian iaitu sampir, batang, dan buntut. Keseluruhan bahagian ini berdasarkan bentuk sebuah kapal atau perahu yang besar. Ia diperbuat daripada kayu atau gading dan ada diantaranya bersalut dengan perak atau emas. Kadangkala ianya juga berukir indah tertakluk kepada darjat dan kemampuan pemakainya. Lazimnya, lambang ini digunakan oleh pahlawan Panji ketika pulang dari pelayaran jauh (mengikut mitologi Jawa). Sampir yang berbentuk kapal atau perahu yang besar berdasarkan kegunaan kenderaan ini sebagai tempat kediaman para pelayar atau pelaut. Maka sampir diibaratkan sebagai tempat kediaman bagi sebilah mata keris.

Komentar

Postingan Populer